Wednesday, May 21, 2008

FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN

KERTAS 1 (3Jam) :

Tajuk
  1. Perniagaan dan Persekitarannya
  2. Fungsi Pengurusan
  3. Fungsi Perniagaan
  4. Kemahiran Pengurusan
  • BAHAGIAN A - 50 markah

Soalan 1 (25 markah) merangkumi 10 soalan pendek

Soalan 2 (25 markah) diambil dari tajuk FUNGSI PERNIAGAAN

  • BAHAGIAN B - 50 markah

Terdapat 6 soalan esei. Bagaimanapun, pelajar-pelajar HANYA perlu menjawab DUA

soalan sahaja. Setiap soalan diperuntukkan 25 markah.

SOALAN/LATIHAN

PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA


Soalan struktur


1. Terangkan hubungan antara perniagaan dengan pengguna. [2 m]

2. Jelaskan 3 perbezaan antara organisasi perniagaan dan organisasi bukan perniagaan. [3m]

3. Terangkan 3 kepentingan perniagaan terhadap pertumbuhan ekonomi. [3 m]

4. Huraikan proses perniagaan secara ringkas. [5 m]

5. Nyatakan 4 kumpulan individu yang menghidupkan dan menjayakan perniagaan. [2 m]

6. Mengapakah keupayaan milikan tunggal untuk berkembang adalah agak terbatas?
Berikan 2 sebab. [ 2 m]

7. Sebutkan 3 aktiviti perkhidmatan. [1 ½]

8. Berikan perbezaan antara perniagaan dalam negeri dan luar negeri. [3 m]

9. Terangkan perniagaan huluan dan perniagaan hiliran dengan menggunakan contoh
yang sesuai. [4 m]

10. Bandingkan antara perkongsian dan syarikat awam dari segi milikan, modal dan
pendaftaran. [3 m]

PENGENALAN


Mata pelajaran Pengajian Perniagaan mula diperkenalkan di SMK Putrajaya Presint 8(1) pada tahun 2003.